SELAMAT DATANG KE KELAB TASIK PUTRAJAYA

previous arrow
next arrow
PlayPause
Slider

Your Lakeside Place

Kelab Tasik Putrajaya adalah sebuah kelab keahlian berasaskan sukan air dan rekreasi yang terletak di Putrajaya, Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia. Kelab Tasik Putrajaya terkenal dengan reka bentuknya yang bertemakan kapal dan berciri-cirikan suasana yang eksklusif. Kedudukannya yang berdekatan dengan tasik menjadikan kelab ini sebuah tempat yang amat sesuai untuk para pengunjung yang menginginkan suasana tenang dan santai. Pengunjung juga dapat menikmati pemandangan indah yang memperlihatkan mercu tanda Putrajaya seperti bangunan Perdana Putra, Masjid Putra, Taman Botani, dan Istana Melawati.

Kelab Tasik Putrajaya menyediakan kemudahan seperti restoran, kolam renang, gimnasium, bilik persalinan,basikal dan peralatan sukan air seperti kayak, kanu, bot dayung dan kapal layar. Kelab ini juga menyediakan ruang untuk disewa bagi penganjuran pelbagai majlis. Terdapat ruang terbuka di lobi, kawasan tepian tasik serta ruang berhawa dingin iaitu bilik mesyuarat serta bilik rekreasi. Pengunjung  boleh memilih jenis ruang yang diinginkan untuk majlis tertentu mengikut bajet. Terdapat pelbagai program tahunan dianjurkan oleh kelab untuk ahli dan juga orang awam.

AKTIVITI

Slider

PROMOSI

Slider

MAKLUMAN

previous arrow
next arrow
Slider