Maklumat Keahlian

                                  PELAWAAN KEAHLIAN KELAB TASIK PUTRAJAYA

Keahlian Kelab ini adalah terbuka kepada semua individu Malaysia berusia 21 tahun ke atas yang tinggal di Putrajaya atau tinggal dalam lingkungan 100 kilometer sekeliling Putrajaya. Keahlian adalah untuk seumur hidup pemohon diikuti dengan yuran bulanan mengikut peringkat umur. Setiap ahli akan mendapat kelebihan yang ditawarkan oleh kelab. Kelebihan yang diberikan hanya layak  untuk ahli yang memohon, pasangan, serta anak-anak yang berumur 21 tahun kebawah.

Setiap pemohonan hendaklah disertakan dengan cek bayaran yuran dan ‘Refundable Deposit’ atas nama Kelab Tasik Putrajaya. Selain daripada itu pembayaran boleh dibuat secara tunai dan cek. Amaun bayaran kemasukan adalah mengikut jenis keahlian yang dipohon dan pembayaran ini akan dikembalikan jika pemohonan tidak diluluskan.