PENGENALAN
Kelab Tasik Putrajaya (KTP) telah ditubuhkan pada Februari 2002 dan terletak di No. 2, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya. Kelab Tasik Putrajaya (KTP) merupakan sebuah kelab keahlian yang berkonsepkan aktiviti sukan air. Dengan lokasinya di tepian tasik, Kelab menawarkan pemandangan mercu tanda Putrajaya seperti Bangunan Perdana Putra, Masjid Putra dan pelbagai mercu tanda berdekatan. Pengunjung juga dapat menikmati pemandangan yang indah dan unik dari kelab tasik sendiri sambil menikmati perkhidmatan katering kelab.
Waktu beroperasi adalah setiap hari bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Kelab ini mempunyai kemudahan seperti perkhidmatan katering restoran serta sukan & rekreasi.
Antara kemudahan sukan & rekreasi yang disediakan ialah :
- Kolam renang
- Bilik Gimnasium
- Basikal
- Sukan Air – Kayak, Canadian Canoe, Rowing & Perahu Panjang