previous arrow
next arrow
previous arrownext arrow
Slider

SELAMAT DATANG KE RESTORAN KELAB TASIK PUTRAJAYA

Kelab Tasik Putrajaya bukan sahaja tertumpu pada keahlian dan aktiviti sukan air, malah menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman untuk ahli dan pengunjung. Restoran di kelab ini menyajikan lebih dari 50 jenis hidangan tempatan dan antarabangsa. Selain dari aktiviti sukan air, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai juadah sambil bersantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Restoran Kelab Tasik juga menawarkan perkhidmatan katering untuk penganjuran pelbagai majlis. Pihak pemasaran akan bekerjasama dengan anda untuk merancang, mengurus dan melaksanakan majlis mengikut kesesuaian bajet anda.